Facebook About Tutobies My Art Lyrics Twitter

Pengemis Yahudi Buta dan Rasulullah S.A.W..

Assalammualaikum w.b.t..



Di satu sudut dekat Pasar Madinah ade seorang pengemis buta yang setiap hari selalu berkata kepada orang yang lalu lalang mendekatinya, 'Wahai saudaraku, jangan mendekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.'

Namun setiap pagi Rasulullah S.A.W. mendekati pengemis yahudi buta itu dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah perkataan pun baginda menyuap makanan itu untuk si pengemis sedangkan pengemis buta itu tidak tahu bahawa selama ini yang selalu menyuap makanan ke mulutnya itu setiap hari adalah Rasulullah S.A.W. sehinggalah baginda wafat.

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, tak ade lagi orang yang membawakan makanan kepada pengemis yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang juge merupakan isteri Rasulullah S.A.W. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, 'Apakah kebiasaan yang dilakukan Rasulullah yang belum ayahanda lakukan ?'

Aisyah r.a. menjawab, 'Wahai ayahanda, engkau adalah ahli sunnah dan hampir tiada satu pun kebiasaan baginda yang belum ayahanda lakukan kecuali satu saja.' 'Apakah itu?', tanya Abu Bakar r.a..Aisyah menjawab, 'setiap pagi Rasulullah S.A.W. akan pergi ke hujung pasar Madinah dengan membawa makanan dan memberikan makanan kepada seorang pengemis yahudi buta disana.

Keesokkan harinya Abu Bakar r.a. membawa makanan ke hujung pasar untuk deberikan kepada pengemis buta itu. Beliau mendekati pengemis itu lalu memberikannya makanan yang dibawa. Ketika Abu Bakar mula menyuap pengemis buta itu, pengemis itu marah sambil mengherdik, 'Siapakah kamu?'. Abu Bakar r.a. menjawab, 'Aku orang yang biasa mendekati engkau memberi makan.' Pengemis buta itu membantah, 'Bukan, engkau bukan orang yang selalu memberi makan kepada aku!'

Dia berkata lagi, 'Apabila dia mendekati aku tidak susah tangan ini memegang dan mulut ini untuk mengunyah. Orang yang biasa mendekati aku ini selalu menyuap aku, tetapi terlebih dahulu makanan itu akan dia haluskan, setelah itu dia suapkan kepada aku.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 'Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripadan sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad S.A.W..

Ketika itu juga pengemis itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a., dan kemudian berkata, 'Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina, menfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun. Dia mendekatiku dan memberikanku makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.

Pengemis buta itu akhirnya memeluk Islam di hadapan Abu Bakar r.a. saat itu dan sejak itu dia menjadi seorang muslim.

***

Hah ni lagi satu kisah teladan tentang sikap kemuliaan Rasulullah S.A.W.. Rasulullah adalah manusia paling mulia dalam dunia. Baginda idola kite semua kan :D Hah ape lagi jom salawat ^^ Moga kite menjadi umat Muhammad S.A.W. yang berjaya :D Aminnn n Wassalam

Tak kait : Alhamdulillah atas segala-2 nya :D bersyukur sebab peluang yg Allah berikan dan segala kurniaan Allah ^^

9 comments:

Atiqah Faudzi said...

Terharu bace post nie :) . Heheh . Nice entri kak :D . Thanks for sharing ^^

Unknown said...

muliakan Rasulullah S.A.W.? :D
sesame ^^

Anonymous said...

Emm..Mulianya akhlak Rasulullah SAW...

Unknown said...

cerita yg sgt baik. mulia akhlak rasulullah

Anonymous said...

sayang Rasulullah ~~

Unknown said...

Kelana n Iman : kan :D Rasulullah sgt mulia ^^ bangge jd Islam
Kay : syg Rasulullah jugak ^^

Unknown said...

Kelana n Iman : kan :D Rasulullah sgt mulia ^^ bangge jd Islam
Kay : syg Rasulullah jugak ^^

Nurul Alia Syuhada said...

Allahumma Salli A'la Muhammad Wa A'la Ali Muhammad :) Nice sharing kak . I'm gonna miss our phophet :'(

Unknown said...

Allahumma solli a'la muhammad wa a'la ali saidina muhammad. Yess Alia. Kak Mai too :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...