Facebook About Tutobies My Art Lyrics Twitter

Budak dan Sahabat

Assalammualaikum w.b.t..

Hari ni nak cerita kisah seorang budak. Kisah dia dengan sahabat dia :)

****

     Ade budak ni, parent die hantar dekat tempat belajar yang namanya dirahsiakan. Mase budak-2 lain tengah sedih sebab kena berpisah dengan family masing-2, tapi die tak, dia senyum je sebab die sangat-2 excited nak mulakan hidu baru sebagai seorang student. Minggu orentasi dengan penuh semangat die lalui even mengantuk and penat. Lepas minggu orentasi pun habis, mulalah kelas die. Ramai kawan yang die jumpa, die happy sangat jumpe kawan-2 baru. Dia tak sabar nak kenal and jadi rapat dengan dieorang sebab budak ni jenis percayakan friend forever sejak kecik lagi. Jadi bermula kisah persahabatan dieorang.

    Masa bermula semester satu semua kawan dalam kelas die tu bagi dia hebat dan menyeronokkan. Dia   nak sangat kenal sorang-2 dengan baik. Sampai sem lepas tu, die and kawan-2 die stay dalam kelas yang sama. Sangka budak tu langit sentiasa cerah, tapi tak diduga mendung kelabu mula berarak datang memberi dugaan dalam persahabatan dieorang. Masalah demi masalah timbul. Semua orang dah mula menunjukkan perangai sebenar. Kata belakang dah jadi lumrah biasa. Depan baik belakang siapa sangka kata-2 buruk dilemparkan.Semester lepas tu sangka budak tu masalah akan kembali pulih, tapi Allah masih nak uji, kini sahabat die makin ramai yang menjauh, sorang demi seorang yang pergi tinggalkan die mencari kawan baru.

    Tidak die duga, kawan-2 yang die harapkan kini dah mula tunjukkan perangai sebenar. Sorang-2 dah mula berubah. Semua jadi pentingkan diri. Kini budak tu dah mula bencikan hidup die dekat tempat die belajar. Kepercayaan die dekat sahabat selamanya kian hilang. Dia takut nak bersahabat. Dia takut dia akan kehilangan lagi kawan die. Dia pelik kenapa manusia cepat sangat berubah. Tak disangka zaman indah di sekolah tak sama dengan zaman selepas sekolah. Dia kuatkan semangat untuk terus belajar demi Allah dan parent die. Dia tak lagi pegang prinsip kawan selamanya lepas apa yang dia lalui. Biar pun dari mata orang luar mereka nampak rapat, tapi hakikat sebenar Allah je yang tahu, depan baik belakang hanya Allah yang tahu.

***
Memang ramai manusia bila jumpa kawan baru, yang lama dilupakan. padahal die tak tahu kawan lama yang dah kenal die bertahun, tahan dengan perangai die tu lah yang akan setia di sisi die sedangkan kawan baru yang tak dapat diduga sifatnya tu mungkin suatu hari nanti akan tinggalkan kita untuk orang lain. Cerita ni hanya untuk renungan sebab kawan suka senang nak cari, kita gembira kita senang ramai yang dekat,ramai yang tumpang sekaki tapi bila sampai masa kita hadapi kesusahan,masa tu kita akan tahu siapa sebenarnya kawan sebenar kita, masa tu kawan-2 kita yang tak ikhlas tu akan pergi seorang demi seorang. Tinggallah sahabat yang ikhlas kawan dengan kita. So conclusion die dekat sini hargai kawan korang yang ade di sisi korang sekarang ni. Memang senang nak cari sahabat tapi nak kekalkan persahabatan tu yang susah. Orang yang paling rugi ialah orang yang tinggalkan sahabat lama demi mencari sahabat baru. 

2 comments:

i'm ur lover's said...

i'm always with you baby.. HAHA:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...