Facebook About Tutobies My Art Lyrics Twitter
Assalammualaikum w.b.t..

Hai,hoi,hui.Okay pasal entry kali ni dah xade kena mengena pasal Mai tapi ade kena mengena dengan binatang paling Mai taksub T^T which is kucing [hepi lah tu Mai xstory pasal Mai dah ;p].Korang sedia maklumkan yg kucing ni haiwan kesyangan Nabi Muhammad S.A.W [selawat jap] .So Mai nak sangat share dgn korang cerita pasal penyeksaan yang haiwan kecik comel ni kena hadapi  [ayat skema habis -.-] Sedih-2.Okay macam biase lah macha scroll bawah lah.Btw kalau yang rase xsanggup nak tgk dinasihatkan jangan tengok sebab Mai xbertanggungjawab erh kalau pengsan ke,kamcing gigi ke,hehe.

1] Kucing jadi perhiasan hidup dalam botol :(

Mesti yang bace ni rase macam nak lempang laju-2,sepak laju-2,maki slow-2 kan ;'( huh emo sekejap.
Korang tahu,orang xberakal ni die letak or lebih tepat sumbat dalam botol then jual.Si bodoh kedue pulak beli and bagi makan melalui straw and utk melepas.Die bagi sejenis dadah nak bg bdn kucing tu lembut and ikut saiz botol.Kalau dah mati die berhenti buat dah semua tu.Mestilah dah mati la gilerr!! T^T hah okay Mai benci sangat-2.Harap dapat balasan nanti depa-2 tu.Nak tgk? Scroll bawah.


Mesti yang tengok ni sentap nak giler kan..Nak tahu yang buat idea bangang ni orang jepun dekat new york >.< geramnye..Dah lah kucing tu tak boleh mengiau,yang die rase sakit,no freedom T^T Lain la kalau macam kucing kat bawah ni rela masuk botol :


2] Pusat kucing di Petknode,PJ tak berperikemanusiaan!

Hah yang nak hantar kucing kat pusat jagaan tu hati-2. Buat search dulu pasal pusat jagaan yg korang pilih.Jangan sampai menyesal sebab dekat satu pusat ni 290 kucing dibiarkan kelaparan selama seminggu!Hah cer korang mak korang suruh pose seminggu,mau mati kering kan.Kesian kucing-2 ni T^T Allah ciptakan makhluk ni untuk kite sayang,lindungi sebab tu kite dijadikan khalifah dekat bumi sebab kite dikurniakan akal untuk berfikir bukan letak dekat lutut.Cer tgk bawah,kering sangat kucing tu T^T



3] Encik pengkid dah buang tebiat >.<

Okay sedia maklum lah pengkid tu kekeliruan jantina okay no need explain search google.hehe.Cik Penk ni die entah meroyan kot die menyeksa kucing yang boleh korang tengok klik sini :)untuk tengok video Cik penk ni erh.Mai tak tengok sebab line dicuri Encik Siput Sedut -.- Die sedut line Mai [okay sori merepek].Lepas tu dah minta maaf secara terbuka,'Aku still xmaafkan kau!',kata Mai di dalam hati. Sape xgeram,kalau die main cabut uban kucing tu takpe jugak ni dah mati si kucing T.T Btw kalau xboleh tgk ermm pi search kat En.Utube and search cat murdered okay ? Nak tgk muke Cik Penk ni tgk dekat En.google.Die tu baik selalu share.nnti die tunjuklah dekat korang muke si Penk ni.Okay tgh bengang lagi -.-

4] Kucing tak dituntut seminggu dibunuh

Nak cakap kejam memang kejam sebab ni non-muslim yang buat sebab muslim xsanggup nak buat kerja ni.Dieorang kena kutip kucing terbiar yang orang lain report sebab konon kucing tu 'menganggu' ketenteraman dieorang ni,Then kucing tu dibawak ke tempat orang-2 ni.Dieorang akan save seminggu kucing ni.kalau xde orang tuntut kucing ni dieorang kena bunuh secara perlahan macam letak racun dalam makanan and slow-2 kucing tu mati T.T Ni Mai bace dalam Mastika,meleleh air mata berserta hingus mase bace ni T.T Pade sape-2 yang nak bela kucing tu pergi la cepat adopt kucing tu erh.Kesian kena bunuh.Nak bg no.Telefon Mastika tu dah hilang xdapat dijejak dah.Huhu.

Dari Abdullah r.a.,Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
"Seorang wanita telah diseksa oleh Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati.Kerana itu Allah telah memasukkannya ke dalam neraka.Kucing itu dikurungnya tanpa memberikan makan dan minum dan tidap pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang berada di bumi"

.::Jelaskan kat sini kawan-2 menyeksa haiwan itu sangat berat lah hukumannya.Melalui cerita-2 dekat atas ni harap dapat memberikan pengajaran.Bagi yg bela binatang tenunglah binatang anda sekejap,ape anda rase,peacefulkan? :D Mai boleh tenung kucing dekat UiTM je sebab xbela dekat rumah.Tak sesuai nnt mati pulak.hehe.Btw kalau banyak typos sorry :D and Wassalam btw tgk kucing kat bawah ni sedih sebab ramai kawan-2 die terseksa :(

Jangan kacau akulah,aku nak nangis ni!
.::Tak kait : Hurm Mai rase Jensen Ackle tu sangat hensem berserta kiut [alah hero Supernatural tu]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...