Facebook About Tutobies My Art Lyrics Twitter

Rasulullah S.A.W. dengan sebijik limau

Assalammualaikum w.b.t [jawab tau]

Hah hari ini ana mahu [erh ter'ana' pulak] share cerite Rasulullah S.A.W. [salawat jap] dgn  sebiji limau. Cerita ni mengisahkan kemuliaan baginda ^^ Bangga dan bersyukur Mai jadi orang Islam. Hayatilah okay ^^

****

Suatu hari Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya dan siapa yg terlihat mesti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Buah itu dimakan oleh Rasulullah S.A.W. seulas dengan seulas dengan senyuman. Biasanya baginda akan makan bersama sahabat, tapi kali ini tidak. Tidak seulas limau pun diberikan kepada mereka.Rasulullah S.A.W. terus makan. Setiap kali dengan senyuman, sehingga habis limau itu dimakan. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W. itu lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum baginda menjelaskan, "Tahukah kamu bahawa buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semua."

.::Begitu sekali Rasulullah S.A.W. menjaga hati orangkan kawan-2. Mulia sangat peribadi baginda. Baginda tak mengecil-ngecilkan langsung pemberian seseorang tu walaupun pemberian benda tak baik ataupun dari orang bukan Islam. Baginda still terima kan tapi lain pulak cerite wanita kafir tu sebab die pulang dgn hati yang kecewa sebab dia bertujuan nak main-mainkan baginda dan sahabat-2 baginda tapi ditewaskan oleh sifat terpuji baginda ^.^ Best kan kisah teladan ni ? Nanti Mai nak share lagi dengan korang and dapatlah kite buat dalam kehidupan seharian kite, chewahhh gitu :D hihi . Thanks bace :*

Tak kait : erh dah beli beatsss , wane pink cairr, cun kauu xD girly rase bile pakai , agaga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...