Facebook About Tutobies My Art Lyrics Twitter

Kelebihan Surah Yassin

Assalammualaikum w.b.t..



Hai kawan2 ^.^ Okay sementara masih free and cuti ni Mai nak share dengan korang kelebihan surah yassin. Bace tau korang and amalkan jangan malam jumaat je tapi kalau boleh selalu sebab memang takkan menyesal ^.^ Sebab Allah tu maha pemurah

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : "Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada di setiap hati ummatku."

Antara keberkatan and kebaikan surah yassin :
  •   Apabila orang lapar membaca yassin, dia boleh menjadi kenyang
  •  Jika seseorang tidak mempunyai pakaian boleh mendapatkan pakaian
  •  Jika orang yang belum berkahwin akan mendapat jodohnya
  •  Jika dalam ketakutan maka akan hilang rasa takutnya
  •  Jika terpenjara akan dibebaskan
  •  Jika orang yang bermusafir membaca Yassin makan akan mendapat kesenangan apa yg dilihatnya
  •  Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ingin ditujui
  •  Jika membaca yassin kepada orang yang sudah meninggal, maka Allah ringankan seksanya
  •  Jika orang yang dahaga membacanya, akan hilang hausnya
  •  Jika dibaca kepada orang yang sakit, akan terhindar daripada penyakitnya
Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah surah yassin; barangsiapa yang membaca surah yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca al-Quran seluruhnya" HR At-Tarmizi dr Anas r.a.
Banyak kelebihan surah yassin yang diterangkan dalam hadith seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

 1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata“Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa danmeminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali.Jika Surah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut,mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawaminuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkanampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat ituberibadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).

Setakat ni lah perkongsian. Syukran sangat2 dekat Allah bagi kesempatan untuk Mai share and pade owner sumber yang Mai share info ni. Semoga bermanfaat. Wallahualam. Wassalam ^^

Tak kait : Orang yang tak dijangka and tak diundang muncul -.- haissshh

3 comments:

Syazwani Zunidan said...

Banyak kelebihan surah yassin ini .

Puan Ida said...

good info
tq for sharing ye
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida
ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no868

Unknown said...

Wanie : tahu takpe wanie :D
Puan Ida : Same2 :D salam perkenalan. insya-Allah okay ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...